Khamis, 27 November 2008

Profail HPA

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.



PENGENALAN


Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.




PENGILANGAN


Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.



Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.



Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

VISI

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIF

Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
Alamat dan no telefon HQ HPA untuk anda hubungi:

PEJABAT
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9776805
Fax : 604-9774121

MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM”

Pernahkah anda mendengar kenyataan di atas?

Adakah anda sudah menggunakan produk Halal sepenuhnya?

Masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam sendiri?

Kini kami ingin memperkenalkan kepada anda sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim iaitu HPA Industries Sdn Bhd. HPA (Herba Penawar Al-Wahida) merupakan sebuah syarikat yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan dan produk kegunaan harian untuk kegunaan umat Islam di negara ini dan juga di negara-negara di seluruh dunia.


HPA turut menawarkan peluang perniagaan produknya yang bersifatkan perubatan herba kepada anda semua. Selain ilmu herba, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur dan refleksologi. Sistem plan pemasaran MLM yang digunakan telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Lantaran itu, saya ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami melaksanakan perniagaan yang sangat baik dan penuh barakah ini. Dengan menyertai HPA, anda bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia tapi juga kebaikan di akhirat. Insya Allah.

Mutiara Wahyu

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku”, (As-Shu’araa: 80)

Maksud Hadis Qudsi:
“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram”.